Thursday, 7 May 2015

Kisah Crush Potong Bawang

Assalamualaikum. Hello tingkap sesawang !

Entri kali ni nak campak belakang momen2 dalam program Anak Angkat Sillah Mahabbah 12 pada 1-3 mei 2015 yang lalu. Alkisahnya mengenai seorang CRUSH.

Crush? Yeahh, jangan pelik sangat, aku pun ada crush jugak. Typical normal girl. Ada crush tu kira normal lah. Hihihi :D Yang tak normal bila seseorang tu SSGB. Apakah SSGB?!

SYOK SENDIRI GILA BABUN

Dah tu, duk senyum sensorang, gelak sensorang, cakap sensorang, kuat berangan, kuat melamun. Tak ke GB tu. Hahaks :p Paling teruk bila sampai ke tahap jadi psiko. Woooo!! B.A.H.A.Y.A!

Back to the story. Aku join program ni last minit. Itupun pergi perjumpaan terakhir je malam sebelum hari bertolak. UPM ke Sekinchan bukannya jauh sangat. Paling koman pun 3 jam. Tapi..to make short story long, 1 mei kan hari pekerja + 4 mei cuti ganti hari Wesak. Dari UPM ke Sekinchan travel 8 jam! Macam nak ke Kelantan/Terengganu je. Gila tak gila? Korang fikir la sendiri okay~ Kematu pungkoq duk kat dalam bas. Nasib baik hari tu Jumaat, so berhenti solat Jumaat di Masjid Kuala Selangor sambil makan tengahari apa2 patut.



Apa yang serunukkkk nya program ni sebab CRUSH zaman kanak2 asasi aku pun ada sekali! muahahahahaaa... Serunuuuuukkk sgt, berbunga2 dalam hati. Well~ yg namanya crush tu tak semua org tahu, kan? So do I, baik punya simpan, no one ever know the existence of that Mr. Crush (tak perlu mention nama, kang terkenang2..hahaha).  Apa yg aku suka kat Mr. Crush? Entahlah. mungkin sebab dia comel bila senyum kot, sampai rasa nak kick him right on the face! Keji tak aku? Kikikii..

Apa kaitan Mr. Crush dgn bawang ni? Haha.. Hari kedua, kitorang kena buat preparation untuk makan2 nasi ambeng malamnya. Disebabkan ada dua kumpulan pelajar yg macam free siang tu, kitorang diarah untuk buat kerja sikit. Sikit jaa.. perempuan kupas n potong kentang, laki pi kupas bawang. Hahaha.. Geli hati tengok budak laki kupas bawang, sampai nangis2. Kalau sorang dua takpe lagi, tapi 5 6 orang yg duduk kat meja bawang tu semua nangis. Yang paling teruk, ada yg siap pakai shades nak mengupas bawang supaya tak mengangis. Kahh3..Tu laaa, selalu pandang rendah kemampuan wanita mengupas bawang. Ayat riak sikit *jungkit kening* :D :D  Mr. Crush ni pun meleleyy jgk ai mata kesedihan dek kerana bawang. hilang dah ke'macho'an yg ditunjuk dari hari pertama tu. Hahaha..

Sampai situ je lah cerita pasal Mr. Crush Potong Bawang. Idea kurang memberangsangkan dikala demam menyerang. Jumpa lagi. Assalamualaikum.

With love, Selipar Hijau

No comments: